Pages

Nov 16, 2011

Prolog .

Assalamualaikum pembaca di luar sana .

tujuan utama blog ini direka adalah untuk mencoret kembali cerita yang telah kami lakukan pada tahun 2008 , 3 tahun lepas . pada masa itu , cerita ini hampir siap , tetapi malang sebab waktu tuu kami semua terpaksa menghadapi peperiksaan besar iaitu , UPSR . kami menundanya sehinggalah sekarang . kerana pada tahun 2009 , kami semua terpisah , seorang ke SAKTI , seorang ke Maahad Muar , seorang ke MRSM Muar dan dua daripada kami ke MRSM Batu Pahat , meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi setelah kami semua berjaya memperoleh 5A dalam UPSR kami . rezeki Allah , siapa bole sangka , ALHAMDULILLAH :) oke sekarang nak cerita mengenai cerita cinta kami ini , cerita mungken . sebab masih belum layak untuk disebut sebagai novel .

ADA CINTA nii berkisar mengenai kehidupan enam orang remaja perempuan yang telah menginjak dewasa . mereka nii berkawan dari kecil dan persahabatan tersebut terjalin untuk sekian lamanya sehingga mereka memasuki Universiti . ape sahaja yang mereka lakukan , mereka sentiasa bersama . mereka ialah Ella , Su , Irah , Eqa , Irin , Ida . lumrah manusia , mereka menaruh hati terhadap enam insan yang juga merupakan satu geng yang dihuni oleh jejaka jejaka perasan bagus iaitu Shah , Iz , Zul , Aiz , Am , Ad . tanpa pengetahuan umum , mereka juga rupanya menyimpan perasaan terhadap keenam enam remaja perempuan tadi . ada antara mereka yang tidak bertepuk sebelah tangan , ada juga yang malu malu tapi mahu . tak kurang juga yang sekarang benci , nanti sayang . namun di sebalik kebahagiaan mereka semua , terselit juga rasa tidak puas hati di dalam diri Fia , Tina , Amy , Lia , Liz , Ana yang merupakan orang yang tidak menyenangi kehadiran mereka di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Maamor yang terletak di Petaling Jaya . Walaupun begitu , hati Fiq , Erri , Hazriq , Johan , Daniel , Khai sudah ditawan oleh mereka yang mempunyai peribadi luaran yang menarik juga latar belakang dari keluarga yang kaya raya . Ea iatu Nadia berperanan sebagai kakak kembar Ella manakala Ismail pula merupakan abang angkat keluarga Su .

Berikut adalah tajuk yang terdapat dalam cerita ini : >
  • Kita Bertemu Kembali .
  • Selamat Hari Kekasih , Awak !
  • Pelajar Baru .
  • Sesat Di Hutan Inai .
  • Abang Angkat Su .
  • Wah , Romantiknya !
  • Irin , Selamat Hari Jadi .
  • Ida Dah Cukup Sedia Kea ?
  • Yahoo , Cuti Semester Datang Lagi !
  • Irah Pengsan ?
  • Pergi Bercuti .
  • Saat Manis Di Hospital .
  • Kenangan Di Bukit Kiara .
  • Cuti Hujung Minggu .
  • Malam Yang Mencabar .
  • Saat Hujan Turun .
  • Ea , Kembar Ella .
  • Su Berjumpa Keluarga Iz .